Insiden
MH370 yang berlaku pada 8 Mac 2014 yang berlaku pada negara kita telah memberi
kesan yang mendalam terhadap masyarakat kita dan juga warga bumi. Sebuah pesawat
yang mempunyai penumpang seramai 239 orang hilang tanpa apa-apa bukti. Seramai 25
negara datang membantu mencari pesawat yang hilang tetapi akhirnya menemui
jalan mati.
Pada
pendapat saya, sejak diberitahu oleh media mengenai MH370 yang berakhir di
perairan lautan hindi, saya mulai musykil dan hairan kenapakah terjadinya
kehilangan yang sangat aneh. Jikalau pesawat itu terhempas, dimanakah saki baki
bahagian yang terhempas. Mustahil jika pesawat itu terhempas, tiada serpihan
yang pecah dan terapung diatas laut atau serpihan itu tersadai di tepi pantai. Kisah
MH370 ini mempunyai banyak sangat lubang dan tanda tanya yang tidak terjawab. Saya
bersetuju dengan artikel ini yang mengatakan bahawa ia mempunyai penglibatan
CIA dan kuasa media barat dalam mengeksploitasi minda masyarakat.
Seperti
yang dikatakan oleh artikel tersebut, mengapakah CNN begitu bersemangat dalam
memberi informasi mengenai kehilangan pesawat? Jumlah penumpang didalam kapal
terbang itu juga kebanyakannya adalah warga China dan seperti yang kita sedia
maklum, ekonomi negara China lebih bagus dari Ekonomi negara-negara barat. Adakah
ini menjadi motif bagi CIA untuk merosakkan hubungan Malaysia China atau adakah
terdapat perkara yang lebih besar dari hubungan sahaja? Terdapat juga kisah
yang menyatakan bahawa China telah membeli sebuah senjata dari Taliban dan
senjata ini adalah salah satu senjata yang kuat yang disimpan buat sementara
waktu di Malaysia. Penerbangan MH370 menjadi pengangkut untuk senjata tersebut
dan penumpang yang menaiki pesawat kebanyakannya adalah saintis terkenal dari
China. Maka mereka bersetuju untuk merampas pesawat.
Bagi
pandangan saya, konspirasi ini banyak mengisi lubang tanda tanya yang kita
sering persoalkan, ada kemungkinan besar pesawat yang hilang itu sebenarnya
tidak terhempas tetapi dirampas dan dibawa ke suatu tempat yang tidak diketahui
dan mereka yang berada didalam pesawat itu ditahan oleh orang CIA itu sendiri. Kemungkinan
senjata yang berada didalam pesawat itu perlu dinavigasikan oleh saintis China
dan sebab itu mereka ditahan. Tetapi saya berharap penumpang MH370 berada dalam
keadaan yang aman dan sejahtera.