Isnin, 9 Jun 2014

Konspirasi MH370

Insiden MH370 yang berlaku pada 8 Mac 2014 yang berlaku pada negara kita telah memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat kita dan juga warga bumi. Sebuah pesawat yang mempunyai penumpang seramai 239 orang hilang tanpa apa-apa bukti. Seramai 25 negara datang membantu mencari pesawat yang hilang tetapi akhirnya menemui jalan mati.

Pada pendapat saya, sejak diberitahu oleh media mengenai MH370 yang berakhir di perairan lautan hindi, saya mulai musykil dan hairan kenapakah terjadinya kehilangan yang sangat aneh. Jikalau pesawat itu terhempas, dimanakah saki baki bahagian yang terhempas. Mustahil jika pesawat itu terhempas, tiada serpihan yang pecah dan terapung diatas laut atau serpihan itu tersadai di tepi pantai. Kisah MH370 ini mempunyai banyak sangat lubang dan tanda tanya yang tidak terjawab. Saya bersetuju dengan artikel ini yang mengatakan bahawa ia mempunyai penglibatan CIA dan kuasa media barat dalam mengeksploitasi minda masyarakat.

Seperti yang dikatakan oleh artikel tersebut, mengapakah CNN begitu bersemangat dalam memberi informasi mengenai kehilangan pesawat? Jumlah penumpang didalam kapal terbang itu juga kebanyakannya adalah warga China dan seperti yang kita sedia maklum, ekonomi negara China lebih bagus dari Ekonomi negara-negara barat. Adakah ini menjadi motif bagi CIA untuk merosakkan hubungan Malaysia China atau adakah terdapat perkara yang lebih besar dari hubungan sahaja? Terdapat juga kisah yang menyatakan bahawa China telah membeli sebuah senjata dari Taliban dan senjata ini adalah salah satu senjata yang kuat yang disimpan buat sementara waktu di Malaysia. Penerbangan MH370 menjadi pengangkut untuk senjata tersebut dan penumpang yang menaiki pesawat kebanyakannya adalah saintis terkenal dari China. Maka mereka bersetuju untuk merampas pesawat.


Bagi pandangan saya, konspirasi ini banyak mengisi lubang tanda tanya yang kita sering persoalkan, ada kemungkinan besar pesawat yang hilang itu sebenarnya tidak terhempas tetapi dirampas dan dibawa ke suatu tempat yang tidak diketahui dan mereka yang berada didalam pesawat itu ditahan oleh orang CIA itu sendiri. Kemungkinan senjata yang berada didalam pesawat itu perlu dinavigasikan oleh saintis China dan sebab itu mereka ditahan. Tetapi saya berharap penumpang MH370 berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan