Kes
buli adalah suatu kes yang sering kita dengar bukan sahaja berlaku diluar
negara, malah dinegara sendiri. Membuli adalah suatu sifat dimana terjadinya
apabila sesuatu individu atau kumpulan merasakan diri mereka lebih dominan
berbanding dengan orang lain. Kes terbaru yang terjadi adalah kes pelajar
senior UPM yang telah memaksa pelajar baru UPM untuk membogelkan diri mereka
dan mereka bergambar dengan pelajar yang bogel tersebut. seramai 8 peratus
orang muda di Malaysia mengaku bahawa mereka telah dibuli.
Seperti
yang dikatakan oleh vujicic, seorang lelaki yang tidak mempunyai tangan dan kaki
yang suatu ketika dahulu pernah dibuli kerana kecacatan beliau, kata-kata yang
dikeluarkan adalah sangat memberi kesan dan impak yang mendalam, ia hanya
mengambil 3 saat untuk sesuatu kata-kata negative masuk kedalam minda
seseorang. Punca pemberi semangat dan lemah semangat adalah diri kita sendiri
dan jangan kita biarkan orang lain mengambil alih tugas kita dalam perihal
memberi semangat.
Bila
kita berada didalam laman sosial, kita boleh bertemu banyak video buli lebih-lebih
lagi pelajar Malaysia. Tulis saja ayat “buli” didalam youtube search dan kita
akan dapat lihat pelbagai jenis kes buli yang berlaku dimalaysia dan yang
paling sedih adalah kes buli ini berada dalam golongan para pelajar sekolah. Melihat
bangsa kita sendiri membuli disebabkan perkara kecil seperti sifat fizikal dan
bergadoh kerana berebut kekasih adalah sangat mendukacitakan.
Kita
boleh lihat kemajuan negara kita dari pelbagai aspek seperti pembangunan,
teknologi dan juga keharmonian yang ada tetapi kita tidak dapat membangunkan
minda pelajar-pelajar ini. Kita mempunyai “first class” teknologi tetapi “third
class” pemikiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan