Pada
Era kita, agama adalah sesuatu subjek dan isu yang sangat penting yang kerap
dibincangkan dan tidak pernah mempunyai penghujung. Seperti yang dikatakan
didalam artikel tersebut, fahaman humanrightisme berasaskan pemikiran
humanrightisme, sekularisme dan liberisme adalah ancaman atau serangan baharu
kepada umat Islam. Fahaman ini seolah-olah menjadi suatu cabang agama baharu
yang makin luas merebak di dalam dan luar negara. Fahaman ini boleh kita lihat
dari agama-agama yang tiada didalam konteks Al-Quran, Hadis dan Sunnah seperti
golongan khawarij dan golongan Syiah.
Seperti
yang disuarakan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak, hak
kebebasan mutlak tidak akan menjadi positive jikalau tiadanya garis panduan dan
batasan yang seharusnya diikuti. Beliau menambah lagi, Malaysia bukan negara
yang menolak hak asasi, namun berpegang pada prinsip kesucian Perlembagaan dan
undang-undang, mendokong kesopanan dan tatasusila serta hak beragama, penting
untuk Malaysia meletakkan garis panduan bagi menjaga keharmonian serta ketinggian
moral masyarakatnya
.
Terdapat
hadis yang menyatakan bahawa pada akhir zaman, akan berpecahnya umat islam
kepada 73, hanya 1 sahaja yang akan diterima. Seperti yang kita dapat lihat
sekarang, kita berada pada zaman itu. Terdapat banyak golongan dan para pemikir
didalam Islam cuba untuk menyoalkan prinsip, akidah, dan perkara-perkara yang
diamalkan oleh orang Islam itu sendiri.
semua
agama mengajar penganutnya dengan akhlak yang baik kerana itulah asas kepada
pembentukan sebuah masyarakat harmoni. Meletakkan fahaman liberalisme dan moral
songsang akan menyebabkan masyarakat celaru, akhirnya membawa kepada kemusnahan
negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan