Isnin, 8 Ogos 2011

Kuliah Subuh: Ashabul Kahfi


Assalamualaikum
Dan salam satu Malaysia.... kuliah subuh hari ni aku nak menceritakan dan berkongsi sedikit ilmu aku ttg kuliah yg aku dengar subuh tadi...

Pada suatu ketika... ade 3 org lelaki beragama yahudi mahu bertanye kepada Saidina Ali iaitu sahabat dan sepupu kepada Rasulullah S.A.W... 3 yahudi ni pergi bertanye kepada Saidina Ali... wahai Ali, kalau kau dpt menjwb soalan kami, makan kami akan memeluk Islam... niat lelaki ini sebenarnye mahu bertanye kisah Ashabul Kahfi...

siapakah Ashabul Kahfi ni?? meh aku nak crite sket... kisah ini berlaku pada zaman kerajaan Afsus.. zaman sebelum datangnye zaman Rasulullah S.A.W... terdapatnye seorg raja bernamaRaja Dikianus... raja ini sgtlah kaya dan tak pernah sakit... beliau ni ala ala Firaun jugaklah... Raja ini telah membina Istana yg sangat besar dan telah menghiaskan Istana tersebut dengan wangian dan mahu menjadikan Istana itu sebagai syurganya... Raja Dikianus mempunyai banyak Panglima dan Panglima2nya menjaga keliling istananya... Semua panglimanya menyangkakan bahawa Raja Dikianus ni adalah Tuhan dan ramai yg menyangka begitu

Raja Dikianus ini memerintah selama 30 tahun dan dia tidak pernah sakit dan sentiasa sihat sehingga menimbulkan sifat bongkak dan angkuh dan menyatakan bahawa dia adalah tuhan... Dia akan memberi hadiah kepada sesiapa yg mengaku bahawa dirinya adalah tuhan

pada satu ketika, semasa raja ini sedang sibuk berpesta, seorg panglimanya membisik kepada telinga Raja tersebut dan memberitahu bahawa kerajaan mereka akan diserang.. Raja itu berubah muka dan mula menggelabah ketakutan lantas lari keistananya... seorg panglima Raja yg bernama Temlikur mula mempersoalkan ketuhanan Raja Dikianus itu.. dia mula tanye dirinya, tak mungkin Raja Dikianus adalah tuhan kerana tuhan sangat berkuasa dan mampu melawan apa sahaja... tuhan tidak patot menggelabah ketakutan kerana diserang oleh pihak lawan.. maka Temlikur bersama dengan 5 lagi sahabatnye yg juga panglima raja itu juga berfikir dan mengambil langkah utk melari utk mencari tuhan sebenar.. itu sahaja jalan terbaek, hanya larikan diri dari raja Dikianus... mereka berfikir mesti ade Tuhan yg mencipta langit dan bumi, air dan laut, bintang2 dan sebagainya...

6 org panglima ini melarikan diri dari kerajaan Afsus utk mencari tuhan yg sebenarnya... 6 org panglima nilah yg digelar Ashabul Kahfi... Dlm perjalanan mencari tuhan sebenar, mereka telah membeli 3 dirham kurma utk dimakan dlm perjalanan mereka... sedang mereka berjalan, mereka bertemu dengan seorg pengembala kambing bersama anjingnya... pengembala kambing itu mengajak panglima2 ini utk makan dan minum... selepas itu pengembala kambing itu mula bertanye kemana arah tuju 6 panglima ini?? mereka pown jwb bahawa mereka tiada hala tuju tetapi mereka mahu mencari tuhan yg sebenar... Alhamdulillah, Allah telah melembutkan hati pengembala ini utk mengikuti pengembaraan 6 panglima ini dan anjing pengembala ini pown turut ikot mereka... Perjalanan mereka berakhir di gua Wasir.. mereka berhenti disana utk berehat sebentar lantas mereka tidur... 7 lelaki itu tidur bersame anjing yg berjaga diluar gua tersebut

selepas mereka tidur, mereka akhirnya bangun dan mereka mulai kehairanan dan masing2 mula bertanye sesame sendiri, lama manakah kami tidur?? mereka sedar2 bahawa kurma mereka sudah berdebu dan anjing yg jaga diluar gua hanya tinggal rangka... mereka bertanye sesame sndiri, berapa hari kita sudah tidur??? masing2 saling memberi jwpan masing2.. sebenarnya Allah telah menidurkan mereka selama 309... bagi Allah 309 tahun itu hanya jgka masa yg sedikit sahaja... Kun Fayakun... apa Yg Dikehendaki, maka jadilah ia... tiada apa2 boleh menghalang kehendak Allah S.W.T...

Semasa Allah menidurkan mereka dan pada masa habisnya pesta raja Dikianus yg berlanjutan selame beberape tahun, maka Raja itu memanggil semua panglima2nya danmenyedari bahawa 6 panglimanya sudah hilang.. maka raja tersebur menyuruh panglima2nya yg lain utk mencari 6 panglima ini tak kire hidup atau mati.. panglima2 ini sampailah ke gua Wasir.. Disana mereka ternampak anjing yg sudah mati dan menyangka bahawa tak mungkin ade org masuk gua ini...

Selepas 309 tahun, 7 lelaki ini bangun dari tidur mereka dan turun ke bandar utk membeli makanan kerana masing2 sedang lapar... maka si Temlikur iaitu ketua kepada 6 lelaki ini pown bertanye kepada penjual makanan... "zaman manakah aku ini??".. jawab si penjual itu " kamu berada pada zaman islam"... zaman penerintahan dimana turunnye seorg nabi utk menyampaikan wahyu Allah kepada sekalian manusia... maka 7 lelaki ini pown terkejut dan berasa pelik... maka mereka pown balik kerumah mereka dan pergi mencari keluarga mereka... mereka pown terjumpa cicit2 mereka dan berasa sgt sedih kerana org yg mereka cintai sudah mati... lelaki2 ini berada dlm keadaan muda dan keadaan terkejut... maka 7 lelaki ini berdoa kepada Allah supaya mengambil nyawa mereka kerana mereka tiada lagi sebab utk hidup... maha suci Allah...

berbalik kepada kisah 3 yahudi yg bertanye kepada Saidina Ali... mereka bertanye kepada Ali... "wahai Ali, kalau benarlah Islam itu, maka ceritakanlah kepada aku kisah Ashabul Kahfi." maka Ali menceritakan secara detail kepada 3 org yahudi tersebut dan 3 org yahudi ini berasa sgt terkejut kerana mereka menyangkakan bahawa tak mungkin Islam tahu ttg kisah Ashabul Kahfi sebab kisah ini hanye diketahui oleh org yahudi sahaja... org kristian tidak tahu tetapi hanya org yahudi sahaja yg tahu kisah ini... Maka salah seorg dari 3 yahudi itu memeluk islam dan yg dua lagi tu masih dengan sifat angkuh dan masih tidak memeluk islam.... kisah ni diketahui oleh islam melalui surah Al kahfi...

bagi aku la, crite ni lebih bagus dari cerita2 lagenda Robin Hood, Merlin, musashi, Jesse James kerana disini, cerita ini memperlihatkan sendiri kekuasaan Allah S.W.T kepada kita... Kun Fayakun... maka marilah kita sama2 berdoa dan meminta ampun kepada Allah S.W.T... ambillah pengajaran dari kisah ini... kalau ade salah silap dimohon maaf... kalau ade tersilap cerita diminta utk memperbetolkan...

Wallahualam.. Assalamualaikum

2 ulasan:

  1. tiada mustahil di dunia ini.. jika kita beriman.. dan bertaqwa - raihan :)

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing. Subhanallah..Betapa hebat kekuasaan Allah..

    BalasPadam