Jumaat, 5 Ogos 2011

10 nasihat untuk orang bercinta


Assalamualaikum

Wahai sahabat se-akidahku.. Dengarlah pesananan ini:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya,binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu,yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu,maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating,cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta,tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah,kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

~Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA~


By: Nazira Abd Rahman

Selasa, 2 Ogos 2011

Pesta pahala VS Pesta makan


Assalamualaikum
Dan salam satu Ummah.. terlebih dahulu, aku nak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimah diluar sana, pembaca dan kawan-kawan aku... Dan aku kat sini nak meminta maaf kepada pembaca dan semua kawan-kawan aku yang mempunyai dendam dan yang ada terasa dengan aku... mudah mudahan bulan Ramadhan ni akan menjadi bulan yg mengubah kita semua kepada kebaikan...

Ok, habis sesi mukadimah... berbalik kepada topik aku disini... korg baca dan cuba korg faham apa tajuk aku... k dah faham?? hahaha =P

Perasan tak pada bulan mulia, bulan yg hanya diberi oleh umat Nabi Muhammad S.A.W, kita melayu yg beragama islam lebih fokuskan makanan dari pahala... tgk la iklan2 dalam tv... makanan je, kuih raya je... bru beberapa hari bulan ramadhan tpi dah buat promosi baju raya.... dimanakah erti Bulan Ramadhan... bulan yg mempunyai malam lailatul qadar... bulan yg melipat gandakan amalan kita... tapi kita manusia yg mudah lupa ni masih sibuk jual makan minum baju raya dan kuih raya

Jadi, adakah bulan mulia ni sebenarnya ada makna bagi umat Nabi Muhammad S.A.W? kalau kita keluar rumah, pergi beli barang, kompem manusia2 akan membuat promosi atas nama ramadhan dan atas nama raya... makan makan makan.... ramadhan ni kalau kita tgk dlm masyarakat kita bukan pesta pahala, tpi pesta makan.... keluar sana promote makanan.... KFC promote makanan raya, Pizza hut, McD dan kebanyakan restoran yg berada diatas bumi malaysia... bazar ramadhan bukan maen berkerumun org2 islam... yg duk jual tu plak promotenye makanan dan minuman dan kueh2... tpi rmi mana yg pergi tarawih??? ramai mana yg bangun subuh pergi solat jemaah di masjid??? so konklusi disini, kite org melayu melihat Ramadhan ni sebagai pesta makan dan bukan pesta pahala.... saat2 yg penting dlm bulan ramadhan adalah saat berbuka puasa... bile perut dah kenyang, hati jd senang...

promosi raya promosi makanan promosi promosi promosi... mana promosi Pahala? dlm media, brape byk iklan yg mempromosikan bulan mulia sebagai bulan memberi pahala?? kat luar sana, brape rmi yg promote pahala berbanding promote makanan?? brape ramai yg promote solat tarawih, brape ramai yg promote lailatul qadar, brape ramai yg promote pahala yg akan berlipat kali ganda...?? tak ramai...

So kepada pembaca, renungkanlah menda2 mcm ni... tak elok bulan mulia kite buat mcm ni, aku bukan kata kite tak boleh pergi bazar, tak boleh beli baju raya... cme berpada2 lah... jgnlah jadikan makanan sebagai keutamaan... tujuan ramadhan diturunkan oleh umat islam adalah utk memberi ganjaran dan memberi peluang kepada kite utk membuat amal dan bertaubat, bukannya makan.... aku juga nasihat diri aku sndiri dan nasihat utk seme... renung2kanlah dan selamat menunaikan ibadah di bulan ramadhan

Wallahualam... Assalamualaikum

Jumaat, 29 Julai 2011

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...


By: Ridhuan As-Siddiq

Sabtu, 16 Julai 2011

Muslim menghina Islam


Assalamualaikum
Dan salam satu Malaysia... apa khabar semua?? sihat?? hehehe... korg dah tgk tajuk korg akan tahu ape yg aku nak ckp.. mula2 kat sini aku bukan nak menghina Musli atau ape tapi ini ape yg aku 6pak yg sedang berlaku dlm masyarakat kite

kite sering kata, agama lain dengki dgn agama kite, agama lain nak menjatuhkan agama kite, ambiga nak menghina islam, yahudi nak hapuskan islam.... pernah tak terpkir bahawa org muslim sendiri nak menjatuhkan islam???pernah kan, kite boleh tgk Islam hanya ada pada dasar agama sahaja, dlm IC sahaja, tpi org Muslim sendiri berlagak mcm kafir... aku ade tgk video Raja Petra Kamaruddin dan die menceritakan ttg isu ni... aku tak tahu sama ada raja petra ni baek atau jahat, cme ape yg die ckp mmg ade point... die ckp, mcm mana org islam boleh bekerja dalam pub?? sedangkan dlm pub ade jual arak.. islam sendiri melarang utk mendekati arak apatah lagi meminumnya... tetapi kite masyarakat melayu dgn senangnye boleh bekerja didalam pub itu...... peraturan menyatakan org islam dilarang bekerja dikawasan yg ade kene mngene dgn arak.. kenapa org melayu yg beragama islam bekerja di tempat menjual arak.. secare tidak lgsg kite org muslim sendiri menghina peraturan2 islam...

MAS airways... mcm mana org islam boleh bekerja disitu sedangkan MAS sendiri menyediakan arak?? ini pown secare tidak langsung menghina islam... agama lain akan memandang remeh terhadap kite... sedangkan islam melarang utk mendekati arak, kite secare senang lenang mendekati arak dan melanggar hukum Islam... we are the biggest insult towards islam without realizing it... kan arak tu salah satu dosa besar disisi Islam...

kalau kite tgk pub kat KL... brape rmi org islam pergi berdansa sana?? org islam... yg kena tgkap seme ic islam.. so mcm mana kite nak labelkan islam sebagai agama terbaek dlm mata org bukan islam?? kite sndiri menghina agama kite... aku nak crite sket nih, mse kat lumut, aku pergi makan malam ngan kakak dan abang ipar aku, pastu ade pesta karaoke, ade yg pakai tudung berkaraoke dpan org sambil menari2 ala dangdut... aku ulang skali lagi, PAKAI TUDUNG.... so itu adalah salah satu penghinaan yg besar terhadap islam.... abg ipar aku ade crite, dlm tentera, yg bru2 balik dri pergi berlayar kompem akan bwk arak dan minum rmi2... gile ah... abg ipar aku kata lgi, arak ni boleh kata sebahagian dari kehidupan para TLDM... abg ipar aku tu TLDM yg ade pgkat jugaklah so die taw la serba serbi ttg ni sbb kawan die sndiri ade ajak die minum arak.. ade kawan die yg menjadi imam dimasjid boleh minum arak?? abg ipar aku nasehat kat kawan die ni, setitik arak masuk kedlm badan, maka tak suci lah hidup kite... dosa besar... ape yg dijawan oleh kawannye "ble time alim kite alim, time berseronok kite berseronok"... subhannallah... yg ckp ni org agama ape?? agama ISLAM... betol2 menghina islam

korg pernah tgk tak video2 pak arab pakai serban yg menghina solat kite dlm youtube?? pernahkan, kite msti mencaci dieorg... "ni msti org kafir ni", "ni msti yahudi bodoh ni".. dan laen2... tpi kite tak sedar dlm kehidupan kite, kite sndiri menghina agama kite... yelahkan... biasanya org akan melabelkan org melayu ni sbgi org islam, tpi rmi mana yg menjaga aurat mereka?? dh makin rmi org yg mendedahkan bahagian cantek kat badan2 dieorg... yg tak boleh ditrime ni plak org yg ckp agama bagai nak rak, ckp haram tu haram ni, tpi aurat perghh tayang semacam je... golongan ni dipanggil sbgi golongan yg munafik... juga mereka menghina ISLAM.... ade yg ckp hidayah belom smpi, seru belom mari... hidayah sebenarnye dh smpi, kite je yg nak atau pown tak nak utk trime... yg lelaki plak tak mengambil endah pasal aurat, layan je tayang pusat dan lutut... kehidupan kite tak ubah mcm sistem politik kite yg menggunakan dasar demokrasi.. memisahkan agama dan politik... kite plak memisahkan agama dengan kehidupan harian...

kerajaan kite plak menerima cukai utk arak masuk kedlm negara kite, cukai tu plak digunakan utk membayar gaji dan membina bangunan2 dan laen2... kire duit yg diperolehi oleh kerajaan terhadap cukai arak jugak duit haram... so mcm mana ni?? adakah arak halal dimalaysia??

kite sering menuding jari kearah agama lain kerana menghina agama kite, kite jadi panas ble org caci agama kite... tpi kite tak sedar bahawa kite jugak mencaci agama kite sndiri, tak payah tgk la org yg beragama lain menghina agama kite... kite ic je islam, nama mak ayah pown islam, tpi perangai kite tak ubah mcm org bukan islam... kite slalu menghina yahudi, ckp yahudi jahat dan sebagainya, tpi lifestyle kite jugak mcm yahudi.... so kalau kite hina yahudi, kite hina jugak diri kite sndiri... ade quotes pernah aku dgr "Im out to fight the devil but i never faught myself, i read a thousand books but i never read myself, hell with the devil my biggest enemy is myself".... quotes ni menyatakan kite ni sering menuding jari atas org laen terhdp kesalahan kite, tpi kite tak pernah nak muhasabah diri.... renung2kanlah ye.. aku nasihat ni utk semua dan jugak utk diri aku sndiri.. ade terkasar bahasa atau ade opinion lain boleh dijelaskan kat komen bawah ni...

Wallahualam... Assalamualaikum

Rabu, 13 Julai 2011

peoples opinion...



Assalamualaikum
Dan salam satu malaysia... hari ni aku tak nak ckp isu politik dan entry ni takde kene mengene langsung dgn politik... actually aku nak berckp pasal pendapat org dan care mereka mengkritik.. hehehehe ok jom, layan jelah ape aku nak melalut ni... =)

sebenarnye aku ni pandai beatbox... korg taw tak beatbox tu ape??? aku ade tnye ramai kawan2 aku tentang beatbox ni dan rmi yg tak taw ape itu beatbox... beatbox ni adalah bunyi instrument yg dihasilkan dari mulut... biasanya ia akan menghasilkan beat drum dan beat techno... dan utk pengetahuan korg, aku dah agak mastered beberape bunyi beatbox ni... tpi masalahnye aku tak berani nak menunjukkan bahawasanya aku ni bleh berbeatbox.. mmg la, siapa tak moh tunjuk bakat dia kan.. so sbnrnye aku nak tnjk tpi ape yg sentiasa bermaen dlm fikiran aku ni adalah "apalah yg penonton akan mengutuk aku"... actually kawan2 aku pown tak taw aku ni reti beatbox... yg taw nye adalah famili aku, tu pown bkn nak bg support... mereka lebih kepada ignoring it.. so aku rse agak sia sia lah belajar beatbox hampir 6 bulan tpi takde sorg pown yg perasan bakat aku, ade beberape jela yg perasan tu pown komen die lgsg tak membina.. so dlm hati aku ni, aku rse malas dh nak belajar tpi dlm pada mase yg sme aku ske beatbox... hahahaha ntah la...

point aku disini, kadang2 org pnye pandangan dan komen terhadap kite boleh menyebabkan kite jatuh atau naek.... dan kite tak boleh nak membangkang ape yg org ttg kite sbb org yg menilai kite lebih nampak siapa kite... cme cre memberi kritikan tu akan dermine kite jatuh atau naek.. cbe kite tgk kat USA la.. dieorg pnye kritikan sgt memberangsangkan.. contohnye... kalau org tu org gemuk, pastu kawan2 die nak die kurus, dieorg bknnye mengutuk, sebaliknye dieorg memuji org yg gemuk tu.. dieorg kata "if u have a slim body, u will look very hot".. kalau aku jd org gemuk tu kompem aku rse nak diet... tpi dlm masyarakat kite ni, cre kritikan dieorg agak kasar la... contohnye" eh samad, gemuknye badan kau, kau tak rase nak diet ke??? kau taw org gemuk ni slalu dpt penyakit yg banyak?? org gemuk ni dah la ssh nak kawin"... kalau aku jd samad tu kompem aku mmg rse mengalah dgn hidup aku and aku takkan diet smpi aku mati... so kesimpulannye, mulut org membina characteristic kite... renung2kanlah yep

Wallahualam.. Assalamualaikum

Selasa, 12 Julai 2011

Sumpah


Assalamualaikum
Dan salam satu Malaysia... kepada yg telah membaca entry aku pada masa dlu, kalau korg ade terbce isu Sumpah menyumpah ni pada entry yg lepas, isu tu aku dah buang sbb ade beberape ayat dlm tu yg kurg menyenangkan dan lebih ke arah politik.. so kali ni aku tak nak sentuh pasal isu politik... ni hnye sekadar informasi yg aku dpt ttg isu sumpah... aku akan generalizekan isu ni yep... =)

aku ade bertanye pasal isu sumpah ni ke ayah aku dan ayah aku ade explain pasal sumpah ni... actually, sumpah menyumpah ni hanye boleh dilakukan dlm sesebuah institusi rumah tangga je..... kite tak boleh sumpah menyumpah selain dari isu rumah tangga.. korg msti igt kan mse form 4 tak silap.. ke form 5 ade blajar isu sumpah menyumpah ni... ia digunakan dlm kes cerai.. contohnye, kalau si suami tu mmg nampak si istri berzina atau curang dgn org lain, si suami boleh mengangkat sumpah bahawa si istri curang dgn org lain, kalau si suami salah dlm tuduhan tu, die redha dengan balasan Allah, sama jugak kepada si istri... kalau istri dituduh curang atau berzina dgn org lain, die pown boleh mengangkat sumpah menafikan tuduhan tu.... sumpah dlm segi jenayah tak boleh pakai... ni aku tak reka sndiri ni, yusof al khardawi ulama besar dari kaherah sndiri menyatakan perkara ni... cbe bygkan kalau sumpah ni boleh dibenarkan dlm jenayah, senang la kalau penjenayah buat jenayah die boleh buat akuan sumpah bahawa die tak melakukan jenayah... dlm hukum syariah, perkare jenayah haruslah dirujuk kepada mahkamah atau hakim dan kalau bersalah, hukum hudud wajib dikenakan......

itu sajalah dari aku... sje nak berkongsi ttg hal ni, kalau ade salah silap atau terkasar bahasa atau info sye salah, sila ajukan komen anda... hehhee ok lah....

Wallahualam... Assalamualaikum

Isnin, 11 Julai 2011

WAR





Assalamualaikum
Aku tak nak ckp byk pasal isu ni... korg tgk video ni dan cube nilai dgn minda yg terbuka...

ni bukan ttg isu BERSIH... bkn Isu Pilihan Raya... ni isu ttg Polis yg bertindak seperti org yg kejam... memukul dan menangkap org yg lgsg tak melawan... smpi sorg ahli BERSIH meninggal dunia... nazak ditempat kejadian, meninggal... smpi hati Polis bertindak sedemikian.. polis sepatotnye melindungi rakyat.. melindungi org2 dlm malaysia... tpi sebaliknye telah berlaku...

tak nak ckp byk, nanti ade kata aku anti government... aku taksub... aku tak cukup umor utk discuss hal2 mcm ni... takpelah.. aku akan tgk jela smpi takat mne menda ni akan berlarutan.... GIVE A BIG HAND TO THE POLICE....

Wallahualam Assalamualaikum