Ahad, 13 Februari 2011

Ilmu Falak

Berikut adalah beberapa definisi Ilmu Falak dipetik dari buku Pengenalan Ilmu Falak, Baharrudin Zainal, DBP 2002.

* Ilmu Falak adalah salah satu cabang sains tabie (tulen).
* Ilmu yang mengkaji perjalanan badan-badan cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang.
* ‘Falak’ dari bahasa Sumerian ‘pilak’ bermaksud sesuatu yang berputar.
* Dalam bahasa latin, astronomi – ilmu mengenai bintang.
* Hartmann 1987 : sains yang mengkaji objek-objek di angkasa.
* Al-Quran : benda yang beredar di langit – surah Yasin: 40 dan Al-Anbiya:33.
* Al-Biruni : sesuatu yang saling bertukaran.
* Ikhwan as-Shafa : ilmu yang mengkaji tentang tatasuria, menghitung jumlah bintang, mengukur pembahagian gugusan-gugusan bintan, jarak, saiz dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala sesuatu yang berhubungan dengannya.
* Ibn Khaldun : ilmu yang mempelajari tentang pergerakan tetap bintang-bintang, sama ada yang bergerak atau berpusing. Gerakan-gerakan tersebut boleh diketahui melalui cerapan atau hitungan. Ilmu hitungan pula hendaklah berdasarkan kepada pengetahuan tentang ciri-ciri pergerakan dan kedudukannya.

Pengetahuan tentang definisi ini penting bagi membezakannya dengan aspek kajian bintang yang lain iaitu ‘astrologi’ atau ‘ilmu bintang pernujuman’.

Ilmu Falak Terpinggir?

Seorang yang mempelajari ilmu falak mengatakan beliau merasa terasing dalam dunia falak. Terasing dalam erti kata pemahaman tentang ilmu falak yang dipelajari, ternyata berbeza dengan pemahaman sebilangan masyarakat tentang ilmu falak.

Kitab bintang dua belas yang menjadi pendorong kepada ilmu perlangkahan dalam masyarakat dahulu, masih menjadi asas pemahaman sebilangan masyarakat tentang falak. Justeru ilmu falak masih dengan status – “meramal”.

Situasi ini mendorong sebilangan masyarakat memandang ilmu falak sebagai ilmu yang rendah, kerana mengandungi unsur ramalan dan jangkaan. Malah mungkin ada yang menganggapnya sama dengan ilmu nujum perbintangan (astrologi).

Ilmu falak gagal dipandang sebagai ilmu sains tabie, ilmu yang berasaskan pengkajian terhadap alam semesta yang sistematik menurut sunnatullah.

Hingga hari ini, ilmu falak masih gagal diterapkan dalam pembelajaran mana-mana disiplin ilmu, bahkan kekal sebagai satu disiplin berasingan, yang hanya diketengahkan oleh sebilangan yang berminat.

Sedangkan setiap urusan kehidupan umat, sama ada ibadat khusus atau tidak, akan tetap melibatkan ilmu falak.

1. Sistem waktu

Umat islam tidak mempedulikan langsung tentang sistem waktu, sekalipun al-Quran sendiri menyatakan bahawa watu solat itu ‘ditetapkan waktunya’. Namun aspek menjaga waktu dibiarkan sahaja, dan dipercayai bahawa sebilangan besar daripada umat islam, tidak tahu bagaimana waktu itu diukur dan ditentukan. Apalagi tentang bagaimana waktu solat itu diukur dan ditentukan?

2. Sistem tarikh dan takwim

Umat islam sekali lagi mengenepikan aspek kepentingan sistem tarikh dan takwim, apabila aspek tarikh dan takwim ini masih terumbang ambing dalam sesebuah negara, apalagi dalam hubungan antara negara. Sedangkan umum maklum tentang urusan puasa, zakat dan haji, malah urusan peribadi dan kekeluargaan seperti nikah, cerai dan rujuk, serta haid dan nifas, pasti melibatkan aspek tarikh dan takwim, yang sewajarnya diberi perhatian penting dan sebarang kekeliruan diatasi sehingga sistem tarikh dan takwim tidak diragui kesahihannya, yang tentu berhubung rapat dengan aspek kesempurnaan ibadat itu sendiri.

3. Fenomena alam

Apabila alam itu berfungsi dan beroperasi menurut sunnatullah, menurut sistem yang telah diatur oleh Yang Maha Kuasa, dengan ‘kebenaran’ menghitung bilangan tahun dan ‘hisab’, maka ‘penghitung’ akan menemui fenomena-fenomena tertentu dalam hitungan kedudukan cakerawala bagi penyusunan takwim, dan penentuan kedudukan jasad samawi yang lain, seperti fenomena gerhana (eclipse), ijtimak (conjunction), istiqbal (opposition) dan lain-lain fenomena, yang akan berlaku menurut turutan waktu yang tertentu, sama ada berulangan secara ‘banyak-banyak’, ‘jarang-jarang’, ‘sedikit-sedikit’ dan ‘kadang-kadang’. Namun tiada satu pun dalam falak fenomena ini dianggap luarbiasa atau ‘ajaib’, kerana luarbiasa dan ajaib hanya wujud pada fenomena yang berlaku secara ‘mukjizat’, ‘karamah’, dan sebagainya, bukan secara hitungan falak. Fenomena yang berlaku secara hitungan falak dianggap ‘kehebatan’ sistem alam semesta ciptaan Maha Agung, yang begitu terperinci, hingga memerlukan hitungan matematik dengan angka perpuluhan yang besar.

Maka bagaimana dengan kita, umat islam, jika selisih jam tangan kita hingga beberapa minit tidak disedari (atau tidak dihirau), berkemampuankah kita untuk melaksanakan tanggungjawab yang lebih besar?

Sabtu, 12 Februari 2011

Futsal, Ahad, 8.00 AM, Taman Gelora....

Assalamualaikum warge bloggers... hahahaha... ni aku nk crite sket ttg kenangan manis aku pada hri ni.. sumpah sgt manis walaupown ade pahit ubat batuk sket dlmnye...

Pada mlm smlm aku sggh bersemangat nak maen futsal ngan dak2 UiTM.. kalau bleh aku nk seme org trun... malang skali bkn seme ske maen futsal, so aku ajak org2 yg berminat nak maen futsal nih... semangat aku letak list2 nama org2 yg nak maen, gen azzam, geng terancang, geng rezza and geng tesl.. sme aku duk crik satu persatu... leh kata nak dkat 30 org la aku kmpl yg minat nak maen futsal nih!!.. lantas aku tido awal dlm pkol satu sebab hajat nak bangun awal and leh kejut mne2 yg maseh blom kejut...

pda malam itu aku xleh tdo.. mmg aku rse agak bengkak la ngan nyamuk2 yg duk cium kaki aku tuh.. habis darah O aku kene bekam dik nyamuk... aku bukak lampu and dpt la tepuk sekor nyamuk.. berkecai nyamuk tu, puas hati aku... and aku crik lagi and crik dh xde.. so aku tutup balik lampu tu.. lepas setengah jam tu mri plak nyamuk laen, and aku repeat mende sme smpi subuh..., habis kaki aku tmbh jerawat...

Bangun solat subuh and trus kejut amirul dz... mamat ni sggh semangat nak maen futsal.. die siap mandi and bersedie tuh nak maen futsal.. aku g kliling blok and tgk2 budak2 yg nak maen ni sme maseh tdo... aiseymen xleh jd ni.. so aku kejut la dieorg.. aku kejut dgn penuh lemah lembut, xmo kasar2 takut aku plak yg kene maki... tpi x menjadi jgak.. almaklum la lelaki, ble niat nk tdo lama tu, mmg tido aruah ar.. nak je aku simbah sorg2 dak2 ni.. bengang gak aku naek turun naek turun smpi berpeluh2.. sbnrnye futsal kol 8, kene tunda kol 9 bab nak kejut nye dak2 ni... azzam bangun trus ble aku kejut die.. smangat gle aku... azzam yg bg cadangan suh tunda kol 9.. so aku trus berusaha berusaha tuk kejut dieorg... x bangun2 lg... arghh geramnye, pastu amirul kuar dri bilik and buat bising.. die merengek yg die bersemangat sgt nak maen futsal... last2 aku ajak die join skali kejut dak2 ni.. akhirnye menjadi jugak.. ade perkembangan.. slow2 kejut dak2 ni bangun tdo... setiap sorg leh kata makan mse 5 hgga 15 minit lah nak dikejutnye.... dripada 30 org yg nak maen, 18 je yg trun sbb y lebih tu mseh tdo... hurm pe bleh buat kan... maen jela

aku naek ngan amirul ke taman gelora, niat nak jln kaki tpi dieorg bangun lewat so dieorg naek moto and aku naek krete... sesampainye disana kitorg start maen... lepas tu sesuatu yg mengejutkan telah berlaku.. kadok yg bodoh ni g pakai sluar tido yg koyak yg telah menampakkan lurah dibelakangnye... fuh aku xleh berenti gelak.. die mcm xde pape berlaku.. layan je sluar koyak.. sme duk gelak kan die and die pown gelak kan diri die.. bodo betol g pakai sluar koyak hahahaha... die trus maen tuh.. maen pnye maen smpi cuaca jd panas terik.. kitrg cadang nak maen 2 jam.. tpi apakan daya cuaca x mengizinkan kerana kepanasannye agak melampau... so kitorg balik awal.... g makan kat arked jap.. biasanya kalau dieorg ni duk asrama, dieorg dahagakan cinta, ble g arked sme dahagakan air... minum air tin 100plus satu tin and air limau nipis.. fuh layan...

ni mmg kenangan manis yg aku xleh lpe smpi mati.. enjoy gle ah ngan korg.. ni last sem aku disini and aku harap korg pown akan igt aku.. hehehehehe... syg ah korg.. peace out (^_^)

Khamis, 10 Februari 2011

Outlandish...

Outlandish kumpulan rappers yg terkenal dgn lagu2 nye yg banyak memberi nasehat... lagu2 die byk sedarkan aku...

Kumpulan Outlandish ni s
org perempuan bernama Nurul Shuhadah telah memperkenalkannye kepada aku and aku telah jatuh cinta pada lagu2 kumpulan ni... byk memberi kesedaran.. leh kata hari2 dgr and almaklum la aku ni mmg rappers sejati.. rap rap pown aku gemar lagu rap yg byk memberi moral values and kesedaran seperti lagu kumpulan Outlandish ni..

Sblm ni aku duk layan lagu Eminem and lagu2 die pown byk tentang life and lame gak ah aku jatuh cinta pada lagu
Eminem ni... tpi sejak aku dgr lagu Outlandish ni, hati aku terpikat pada lagu2nye berbanding lagu2 Eminem yg lebih kepada rasa marah and panas baran.... (^_^)

Bilik...

fuh, lepas balik dari mega bersama ngan Talhah, g karoke ngan die, agak bosan la kan sbb g karoke and balik tpi aku amek mende tu sbgi kenangan manis aku ngan die sbb sem nak habis dah so xmo la gadoh2 and pkir mende negative kan.. heeee... sesampainye aku kembali ke padang lalang and kembalinye aku pada bilik aku, aku trus baring... amek lappy aku pasang broadband and dgr lagu outlandish....

sambil baring2 nih aku duk la tgk sekeliling, tgk lantai yg banjir disebabkan bilik air yg jugak banjir, tgk banjir2 ni berangan plak nak menternak katak hehehehehe

tgk lagi sekeliling and nampak katil yg makin hari makin bengkok and makin bengkok... sian tgk katil aku, mgkin aku berat sgt kowt...

tgk lagi sekeliling nampak meja and laci yg berselerak... hermmm bile la nak kemas aku pown x taw... sedangkan aku sndiri x ske tgk keselerakannya....

aku tgk lagi almari baju aku yg sgt tersusun rapi... hang baju leklok je... kemas je.... hehehehehehe......

tgk lagi and tgk lagi nampak plak kawasan room8 aku iaitu azim... kemas je kawasan die, jeles plak hehehehe

tpikan inilah bilik aku, bilik yg mempunyai 1001 sejarah ttg aku dan bilik aku... terigt pada waktu malam aku bangun tdo and aku nk g bilik teng nak amek sheildtox bab nyamuk byk sgt, then suddenly pintu yg luas terbuke secara tiba2 tertutup or leh dikatakan terhempas dgn kuatnya..... ugh perasaan yg menakutkan.. lantas aku ignore seme tu and aku trus duduk bawak slimut aku and cbe tdo..

kenangan manis lagi ble bdak2 ni buat prank terhadap aku, die buat prank peter and it was so humiliating and it was the first prank i have been through in my whole entire life... prank tu tlah membuat aku popular sehingga seme bdak2 lelaki uitm gelar aku peter... and die duk nganjing aku... prank tu jugaklah berlaku dlm BILIK aku...

hermmm kenangan kenangan... sumpah aku akan sedih meninggalkan uitm.. aku xkan lupe room8 aku azim, depan bilik aku khalid and faiz.. dak2 floor aku aber anas arif wakjan amirul nasri chimok scam mat sobri sosek sal yie zaf dzul hafiz aizat man longkang solihein kucai teng kj ally afi and fadhilat... sambut bday ngan dieorg, duduk ngan dieorg sblm raya menjelma seme berlaku di floor due and dekat dgn bilik aku... i will not forget this moment with you guys...