Jumaat, 29 Julai 2011

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...


By: Ridhuan As-Siddiq

Sabtu, 16 Julai 2011

Muslim menghina Islam


Assalamualaikum
Dan salam satu Malaysia... apa khabar semua?? sihat?? hehehe... korg dah tgk tajuk korg akan tahu ape yg aku nak ckp.. mula2 kat sini aku bukan nak menghina Musli atau ape tapi ini ape yg aku 6pak yg sedang berlaku dlm masyarakat kite

kite sering kata, agama lain dengki dgn agama kite, agama lain nak menjatuhkan agama kite, ambiga nak menghina islam, yahudi nak hapuskan islam.... pernah tak terpkir bahawa org muslim sendiri nak menjatuhkan islam???pernah kan, kite boleh tgk Islam hanya ada pada dasar agama sahaja, dlm IC sahaja, tpi org Muslim sendiri berlagak mcm kafir... aku ade tgk video Raja Petra Kamaruddin dan die menceritakan ttg isu ni... aku tak tahu sama ada raja petra ni baek atau jahat, cme ape yg die ckp mmg ade point... die ckp, mcm mana org islam boleh bekerja dalam pub?? sedangkan dlm pub ade jual arak.. islam sendiri melarang utk mendekati arak apatah lagi meminumnya... tetapi kite masyarakat melayu dgn senangnye boleh bekerja didalam pub itu...... peraturan menyatakan org islam dilarang bekerja dikawasan yg ade kene mngene dgn arak.. kenapa org melayu yg beragama islam bekerja di tempat menjual arak.. secare tidak lgsg kite org muslim sendiri menghina peraturan2 islam...

MAS airways... mcm mana org islam boleh bekerja disitu sedangkan MAS sendiri menyediakan arak?? ini pown secare tidak langsung menghina islam... agama lain akan memandang remeh terhadap kite... sedangkan islam melarang utk mendekati arak, kite secare senang lenang mendekati arak dan melanggar hukum Islam... we are the biggest insult towards islam without realizing it... kan arak tu salah satu dosa besar disisi Islam...

kalau kite tgk pub kat KL... brape rmi org islam pergi berdansa sana?? org islam... yg kena tgkap seme ic islam.. so mcm mana kite nak labelkan islam sebagai agama terbaek dlm mata org bukan islam?? kite sndiri menghina agama kite... aku nak crite sket nih, mse kat lumut, aku pergi makan malam ngan kakak dan abang ipar aku, pastu ade pesta karaoke, ade yg pakai tudung berkaraoke dpan org sambil menari2 ala dangdut... aku ulang skali lagi, PAKAI TUDUNG.... so itu adalah salah satu penghinaan yg besar terhadap islam.... abg ipar aku ade crite, dlm tentera, yg bru2 balik dri pergi berlayar kompem akan bwk arak dan minum rmi2... gile ah... abg ipar aku kata lgi, arak ni boleh kata sebahagian dari kehidupan para TLDM... abg ipar aku tu TLDM yg ade pgkat jugaklah so die taw la serba serbi ttg ni sbb kawan die sndiri ade ajak die minum arak.. ade kawan die yg menjadi imam dimasjid boleh minum arak?? abg ipar aku nasehat kat kawan die ni, setitik arak masuk kedlm badan, maka tak suci lah hidup kite... dosa besar... ape yg dijawan oleh kawannye "ble time alim kite alim, time berseronok kite berseronok"... subhannallah... yg ckp ni org agama ape?? agama ISLAM... betol2 menghina islam

korg pernah tgk tak video2 pak arab pakai serban yg menghina solat kite dlm youtube?? pernahkan, kite msti mencaci dieorg... "ni msti org kafir ni", "ni msti yahudi bodoh ni".. dan laen2... tpi kite tak sedar dlm kehidupan kite, kite sndiri menghina agama kite... yelahkan... biasanya org akan melabelkan org melayu ni sbgi org islam, tpi rmi mana yg menjaga aurat mereka?? dh makin rmi org yg mendedahkan bahagian cantek kat badan2 dieorg... yg tak boleh ditrime ni plak org yg ckp agama bagai nak rak, ckp haram tu haram ni, tpi aurat perghh tayang semacam je... golongan ni dipanggil sbgi golongan yg munafik... juga mereka menghina ISLAM.... ade yg ckp hidayah belom smpi, seru belom mari... hidayah sebenarnye dh smpi, kite je yg nak atau pown tak nak utk trime... yg lelaki plak tak mengambil endah pasal aurat, layan je tayang pusat dan lutut... kehidupan kite tak ubah mcm sistem politik kite yg menggunakan dasar demokrasi.. memisahkan agama dan politik... kite plak memisahkan agama dengan kehidupan harian...

kerajaan kite plak menerima cukai utk arak masuk kedlm negara kite, cukai tu plak digunakan utk membayar gaji dan membina bangunan2 dan laen2... kire duit yg diperolehi oleh kerajaan terhadap cukai arak jugak duit haram... so mcm mana ni?? adakah arak halal dimalaysia??

kite sering menuding jari kearah agama lain kerana menghina agama kite, kite jadi panas ble org caci agama kite... tpi kite tak sedar bahawa kite jugak mencaci agama kite sndiri, tak payah tgk la org yg beragama lain menghina agama kite... kite ic je islam, nama mak ayah pown islam, tpi perangai kite tak ubah mcm org bukan islam... kite slalu menghina yahudi, ckp yahudi jahat dan sebagainya, tpi lifestyle kite jugak mcm yahudi.... so kalau kite hina yahudi, kite hina jugak diri kite sndiri... ade quotes pernah aku dgr "Im out to fight the devil but i never faught myself, i read a thousand books but i never read myself, hell with the devil my biggest enemy is myself".... quotes ni menyatakan kite ni sering menuding jari atas org laen terhdp kesalahan kite, tpi kite tak pernah nak muhasabah diri.... renung2kanlah ye.. aku nasihat ni utk semua dan jugak utk diri aku sndiri.. ade terkasar bahasa atau ade opinion lain boleh dijelaskan kat komen bawah ni...

Wallahualam... Assalamualaikum

Rabu, 13 Julai 2011

peoples opinion...



Assalamualaikum
Dan salam satu malaysia... hari ni aku tak nak ckp isu politik dan entry ni takde kene mengene langsung dgn politik... actually aku nak berckp pasal pendapat org dan care mereka mengkritik.. hehehehe ok jom, layan jelah ape aku nak melalut ni... =)

sebenarnye aku ni pandai beatbox... korg taw tak beatbox tu ape??? aku ade tnye ramai kawan2 aku tentang beatbox ni dan rmi yg tak taw ape itu beatbox... beatbox ni adalah bunyi instrument yg dihasilkan dari mulut... biasanya ia akan menghasilkan beat drum dan beat techno... dan utk pengetahuan korg, aku dah agak mastered beberape bunyi beatbox ni... tpi masalahnye aku tak berani nak menunjukkan bahawasanya aku ni bleh berbeatbox.. mmg la, siapa tak moh tunjuk bakat dia kan.. so sbnrnye aku nak tnjk tpi ape yg sentiasa bermaen dlm fikiran aku ni adalah "apalah yg penonton akan mengutuk aku"... actually kawan2 aku pown tak taw aku ni reti beatbox... yg taw nye adalah famili aku, tu pown bkn nak bg support... mereka lebih kepada ignoring it.. so aku rse agak sia sia lah belajar beatbox hampir 6 bulan tpi takde sorg pown yg perasan bakat aku, ade beberape jela yg perasan tu pown komen die lgsg tak membina.. so dlm hati aku ni, aku rse malas dh nak belajar tpi dlm pada mase yg sme aku ske beatbox... hahahaha ntah la...

point aku disini, kadang2 org pnye pandangan dan komen terhadap kite boleh menyebabkan kite jatuh atau naek.... dan kite tak boleh nak membangkang ape yg org ttg kite sbb org yg menilai kite lebih nampak siapa kite... cme cre memberi kritikan tu akan dermine kite jatuh atau naek.. cbe kite tgk kat USA la.. dieorg pnye kritikan sgt memberangsangkan.. contohnye... kalau org tu org gemuk, pastu kawan2 die nak die kurus, dieorg bknnye mengutuk, sebaliknye dieorg memuji org yg gemuk tu.. dieorg kata "if u have a slim body, u will look very hot".. kalau aku jd org gemuk tu kompem aku rse nak diet... tpi dlm masyarakat kite ni, cre kritikan dieorg agak kasar la... contohnye" eh samad, gemuknye badan kau, kau tak rase nak diet ke??? kau taw org gemuk ni slalu dpt penyakit yg banyak?? org gemuk ni dah la ssh nak kawin"... kalau aku jd samad tu kompem aku mmg rse mengalah dgn hidup aku and aku takkan diet smpi aku mati... so kesimpulannye, mulut org membina characteristic kite... renung2kanlah yep

Wallahualam.. Assalamualaikum

Selasa, 12 Julai 2011

Sumpah


Assalamualaikum
Dan salam satu Malaysia... kepada yg telah membaca entry aku pada masa dlu, kalau korg ade terbce isu Sumpah menyumpah ni pada entry yg lepas, isu tu aku dah buang sbb ade beberape ayat dlm tu yg kurg menyenangkan dan lebih ke arah politik.. so kali ni aku tak nak sentuh pasal isu politik... ni hnye sekadar informasi yg aku dpt ttg isu sumpah... aku akan generalizekan isu ni yep... =)

aku ade bertanye pasal isu sumpah ni ke ayah aku dan ayah aku ade explain pasal sumpah ni... actually, sumpah menyumpah ni hanye boleh dilakukan dlm sesebuah institusi rumah tangga je..... kite tak boleh sumpah menyumpah selain dari isu rumah tangga.. korg msti igt kan mse form 4 tak silap.. ke form 5 ade blajar isu sumpah menyumpah ni... ia digunakan dlm kes cerai.. contohnye, kalau si suami tu mmg nampak si istri berzina atau curang dgn org lain, si suami boleh mengangkat sumpah bahawa si istri curang dgn org lain, kalau si suami salah dlm tuduhan tu, die redha dengan balasan Allah, sama jugak kepada si istri... kalau istri dituduh curang atau berzina dgn org lain, die pown boleh mengangkat sumpah menafikan tuduhan tu.... sumpah dlm segi jenayah tak boleh pakai... ni aku tak reka sndiri ni, yusof al khardawi ulama besar dari kaherah sndiri menyatakan perkara ni... cbe bygkan kalau sumpah ni boleh dibenarkan dlm jenayah, senang la kalau penjenayah buat jenayah die boleh buat akuan sumpah bahawa die tak melakukan jenayah... dlm hukum syariah, perkare jenayah haruslah dirujuk kepada mahkamah atau hakim dan kalau bersalah, hukum hudud wajib dikenakan......

itu sajalah dari aku... sje nak berkongsi ttg hal ni, kalau ade salah silap atau terkasar bahasa atau info sye salah, sila ajukan komen anda... hehhee ok lah....

Wallahualam... Assalamualaikum

Isnin, 11 Julai 2011

WAR





Assalamualaikum
Aku tak nak ckp byk pasal isu ni... korg tgk video ni dan cube nilai dgn minda yg terbuka...

ni bukan ttg isu BERSIH... bkn Isu Pilihan Raya... ni isu ttg Polis yg bertindak seperti org yg kejam... memukul dan menangkap org yg lgsg tak melawan... smpi sorg ahli BERSIH meninggal dunia... nazak ditempat kejadian, meninggal... smpi hati Polis bertindak sedemikian.. polis sepatotnye melindungi rakyat.. melindungi org2 dlm malaysia... tpi sebaliknye telah berlaku...

tak nak ckp byk, nanti ade kata aku anti government... aku taksub... aku tak cukup umor utk discuss hal2 mcm ni... takpelah.. aku akan tgk jela smpi takat mne menda ni akan berlarutan.... GIVE A BIG HAND TO THE POLICE....

Wallahualam Assalamualaikum

Sabtu, 9 Julai 2011

Hudud =)

Assalamualaikum
Dan salam satu Malaysia... maksud hudud ni kalau aku google la "Islamic laws stating the limits ordained by Allah and including the deterrent punishment for serious crimes".... "The code of law derived from the Quran and from the teaching and example of Mohammad".... "sharia is only applicable to Muslim"... ok sebelom korg bace entry aku ni, korg fahami dlu definition hudud ni.............................................

ok dah faham.... kat sini aku nak explain sket pasal hudud...

ok negara kite ni negara ape??? negara demokrasikan?? negara yg menjalankan undang2 mengikut peraturan manusia... negara yg mempunyai freedom of speech(ade ke)..... satu menda je aku nk tanye, negara kite ni negara islam tak????????????????? jwpannye tak... kerana negara kite tidak menjlnkan hukum hudud... hukum hudud adalah hukuman islam yg wajib dikenakan kepada org islam yg telah melakukan jenayah berat disisi undang2.... so aku ade tgk brita, ttg negara islam ni, ade sorg penasihat agama utk PM iaitu Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin menyatakan bahawa negara islam adalah negara yg tidak mempunyai kebuluran dan kemiskinan.... mse tu pemerintahan Pak Lah and mse tu dieorg nak mempromotekan Islam Hadhari... yg aku peliknye betol ke negara Islam ni negara yg tiadanya kebuluran dan kemiskinan... aku tgk brite pastu aku kehairanan... adakah penasihat agama kite ni sudah sesat?? atau beliau mahu menyesatkan Rakyat.... brani die ckp mcm tu, sedangkan negara kite ni mseh rmi yg miskin dan kebuluran... tgk bersamamu sudah terjwb menda tu... hukum hudud pown tak dilaksanakan

Mahathir pernah menyatakan, kalau hukum hudud dilaksanakan, maka negara kite akan ade rmi org yg bertangan kudung... wah beraninye die kata mcm tu, sindir pown ade... wahai Mahathir, berani betol ye ckp mcm tu, sesiapa yg menolak Al-Quran dan Hadis, maka org tu akan jatuh kafir.... hudud ni termaktub dlm Quran dan Hadis... tak nak ckp lelebih, korg kir la sndiri

kite pnye negara ni tak lama meletop jugak dgn kes gejala sosial, tgk lah negara kite dh makin hari makin menunjukkan ke"las vegas"an mereka, tgk lah rakyat dgn rse gumbira berjudi di genting highland, anak2 muda dengan enjoynye minum arak, remaja2 engan senang lenang duduk berdua2an saling raba meraba... gejala seks bebas dah makin parah, makin berleluasa... adakah ini dinamakan merdeka atau independence??? kes2 ni disebabkan didikan ibu bapa dan sistem negara kite.... skunk ni aku nk ckp pasal sistem negara kite, didikan ibu bapa kite tolak ketepi dlu... pasal sistem kite, ape yg kite buat ttg ni seme... ttg masalah2 yg telah aku ckp td... sistem kite tidak menekankan isu ni, ape yg dieorg pentingkan adalah hiburan, politik... 2 tu je... hal ni tiada yg ditekankan... anak2 terbuang dah makin rmi, gadis2 skunk dh rmi kehilangan dara... rasuah berleluasa, arak mcm air sirap... kalau kite terus berada dlm sistem ni, negara kite akan jd porak peranda... itu la, Allah dah murka, Allah dtgkan bala kepada anak2 muda kite... negara kite ni bukannye sedar lgi..

dlm hal ni, hukum hudud wajib dipertekankan... jgn dengar ckp mahathir yg kalau kite laksanakan hukum hudud, rmi akan kudung.... sebab ape die ckp mcm tu, sbb die taw pembesar byk rasuah... so die taw la pembesar rmi akan tgn kudung.... hukum hudud ni sebenarnye utk ape??? utk mendidik rakyat supaya tidak mengulangi kesilapan mereka lagi... sebab tu la hukum hudud diwujudkan oleh Allah... Allahkan yg mewujudkan hukum hudud... so ape yg diturunkan oleh Allah, yg tu lah yg terbaek utk kite... ape bagus sgt kite utk menjatuhkan hukuman sndiri terhdap org laen... kite hnye manusia... manusia yg kerdil, ble Allah trun kan menda yg bagus, laksanakanlah... berbalik kepada didikan, hudud ni mendidik sebenarnye, mendidik kite spaye jgn mengulanginye lagi, sebab tu semua hukuman hudud ni dilakukan didepan khayalak rmi, bkn tujuan utk mengaibkan seseorg tu, tpi tujuan utk mendidik spaye tidak mengulanginya lagi... cbe bayangkan hukuman gantung dilakukan depan ECM atau MIDvalley atau SOGO.... semua org tgk hukuman gantung tu, kompem semua ngeri, and kompem semua takkan buat ape yg pesalah tu telah buat... sme la dgn ape yg hukum hudud sedang lakukan.... aku pasti, kalau hukum hudud dilaksanakan, masalah gejala sosial di negara kite akan berkurangan, tgk jela mase zaman kemenangan Islam.... betape bagusnye islam pada masa tu, salah satu faktornye adalah hudud, jenayah mse tu hampir kepada kosong setiap tahun... so nampak tak lagi skarang ni???

skarang ni negara kite adalah negara demokrasi, undang2 politik yg telah disediakan oleh org yahudi kepada kite, demokrasi adalah perpisahan antara politik dan agama... islam adalah syumul, islam merangkumi semua aspek kehidupan tak kire politik dan sebagainye... kite tgk yahudi yg menyediakan semua ni, kite sedar dan kite nampak semua ni, kite melaksanakan budaya yahudi pada masa yg sama kite mencaci yahudi.... kalau kite mencarut ade je ayat yahudi kat blakang ayat mencarut tu, tpi politik kite, kite ikot yahudi.. smaa gak dgn pakaian kite, pakai ketat2 tapi tutup aurat, budaya yahudi jugak tu, tpi kite tetap menghina yahudi... ikot budaya yahudi, pada masa yg sama hina yahudi... bagus lah mcm tu kan..

kite pnye negara ni pa ceroh la hiburan, bkn aku nak kata tak boleh ade hiburan, tetapi menda tu menjadi suatu keutamaan, tgk lah Akademi Fantasia, Mentor, Raja lawak... dlm tv 24 hour duk saji entertainment, nak ade nye nasehat2 yg bagus kat channel astro oasis, tu pown blom pasti org akan tukar channel tu.., satu channel tu je ade nasehat2 ttg islam... channel laen semua hiburan... rakyat plak dah kene brainwash dgn media dan hiburan, semua lupa tanggungjawab sebagai muslim, dan rmi yg duk ngundi AF la, rajalawak la, mentor la... hiburan tu bukan salah, tpi berpada2 la.... kalau negara kite negara islam, takkan jadi mcm ni, mmg akan lahirnye org2 yg terkenal, intelektual, dan negara kite akan jd negara yg ternama

kite pnye negara ni dah byk diberi rezeki, tgk lah, kite ni dh la pengeluar minyak, pengeluar getah dan kelapa sawit.... tpi rmi yg tak pernah hargai menda2 ni... rmi yg sibuk dengan happi2 je... sebab tu byk maksiat berlaku dlm negara kite...

korg msti kenalkan ustazah masitah.... yg duk nasehat2 mcm nak semput tu, dlu aku tabik die... skunk aku sedih tgk die.... maklumlah die tukan ade kene mngene dgn politik jugak, die ade kene mngene dlm menjd para penasihat agama dlm politik... so aku ade tgk la show die kat astro oasis... cre pakaian die... ade bonggol kat kepala die... dh terang2 Quran menyatakan ttg haramnye bonggol, die pakai, die ade ckp mencukur kening jadi sunat kalau niat utk impress suami.... Ya Allah, org yg cerdik pandai ttg agama bleh ckp mcm ni, aku ni sndiri yg tak arif dgn agama lagi dh taw minah ni buat statement merepek.. subhannallah.... dah kalau betol die ckp niat, ok boleh la kre blonde rambut pakai tatu niat nak impress suami... ape dah jadi dgn kau wahai Masitah... dlu ok je.. skunk ble dh ade kene mngene dgn kerajaan dah rosak.... haishhh... berat nanang gni...

sebagaimana yg korg taw, hukum hudud ni wajib dilaksanakan pada org yg ber IC dan beragama islam sahaja, org2 yg tidak beragama islam tak perlu dikenakan hukum hudud, ble seseorg dah menerima islam, die secara automatik menerima speraturan dan syarat2 islam termasuklah hukum hudud, so kepada yg non muslim ni korg tak perlu takutlah, bknnye menda ni kene kat korg, kene kat org islam je... so tak salah lah kalau negara kite ni melaksanakan hukum hudud tak ke gitu?? kalau hukum hudud ni dilaksanakan, aku kompem rmi tak berani nak murtad.... cye ckp aku...

hudud ni bagus sebenarnye, kite menjalankan hukuman tu didunia, kalau di akhirat hukuman tu mnjd lagi berat dan lagi menyakitkan... so tak salahkan kalau kite melaksanakan hukum hudud... rmi non muslim menolak, sebab ape?? sebab non muslim sebenarnye tak taw konsep hudud ni, hudud ni dilaksanakan terhdp org islam je... so dont worry...

ade yg kata ble hukum hudud ni dilaksanakan, maka terpadam lah semua hiburan, waaaah statement ape la tu... Islam tidak melarang hiburan, takdenye takleh tgk wyg, takde tak leh maen boling, boleh semua tu, tpi everything has its limit... so jge la limit tu in order utk jage diri sndiri...

pasal penutupan aurat, islam mewajibkan menutup aurat... tpi tgk skarang, rse malaysia ni mcm miami, semua duk tyg body... islam melarang minum arak, skang ni arak tu mcm air masak je, mudah dh nak dpt, anak2 muda semua duk layan menda najis tu....

sistem pendidikan kite, sejarah yg diajar kat skolah, ajaran semua tu adalah ajaran darwin theory... kimia fizik math semua tidak mementionkan nama2 pengkaji islam yg mengkaji semua ni, semua nama golongan2 barat yg dinaikkan dlm pembelajaran disekolah?? so mcm mana islam nak diterapkan dlm hati sanubari golongan muda???

so ble islam ditolak oleh kerajaan, adakah kerajaan kite ni bagus.. pkir2 la sndiri... aku kat sini nak suruh korg bukak mata sikit pasal isu ni, sbb hudud skang dh rmi lupakan, rmi tak taw ape tu hudud... so renung2kanlah...

Wallahualam Assalamualaikum

BERSIH 2.0


Assalamualaikum
Dan salam satu Malaysia.... wokeh straight to the point... BERSIH...

hehehehe ade beberape status yg aku ade terbace la dlm FB... die mengatakan bahawa Ambiga iaitu pengerusi kempen Bersih yg berkaumkan India ni ingin memporak perandakan rakyat... ermmm ok mgkin ade benar situ, mgkin ada salah, jom kite pkir logik eh?? first of all, bkn ke rakyat dah porak peranda?? tgk le skarang melayu gadoh ngan melayu, melayu gadoh dgn india, melayu gadoh dgn cina... bkn ke tgh bergadoh same sndiri, org cina menipu melayu, melayu plak ditipu dek cina, yg laya cina yg rugi melayu... bkn ke gitu?? yg pegang menda2 besar bkn ke cina??? hahahaha... itu dri mata aku la... so ade org kata BERSIH ni memporak peranda kan rakyat, yg aku tgk la skarang ni, disebabkan BERSIH, tgk rmi je Melayu India Cina skarang ni tgh bersatu padu, mengakrabkan pertalian silaturrahim, bermesra same2, saling tolong menolong utk mencapai matlamat dieorg iaitu menginginkan pilihan raya yg bersih... ke aku salah?? kalau nak betolkan sila tgglkan comment ye... ade kata lagi ade menda jahat disebalik gerakan BERSIH??? ok aku pnah dgr quote ni dri seorg ahli penyokong kuat kerajaan, "ble seseorg tu dah benci seseorg, dieorg akan tgk menda yg tak baek je yg telah ditaburkan oleh org tu"... org kuat kerajaan ni tak sedar bahawa die pown sedang melihat keburukan pembangkang je, bkn kebaekan kumpulan politik ni... senang crite nak kata golongan kerajaan dan golongan pembangkang seme tak sedar diri... berbalik kepada isu BERSIH ni... ambe nak tnye la, dri mana dtgnye info ttg motif disebalik motif asal golongan BERSIH ni... aku tak penah dgr pon ade menda jht yg dieorg nak buat, yg aku dgr dieorg ni nak pilihan raya BERSIH... maybe aku kekurangan info, sila jelaskan..

ade jugak yg kata Ambiga ni ade kene mngene dgn isu Lina joy... aku tak pernah dgr bab ni, sesiapa tlg bg fakta kat aku yg si Ambiga ni ade kaitan dgn isu Lina Joy... aku bkn nak back up Ambiga ni, cme aku pelik, disebabkan isu BERSIH ni, die di benci.... aku tak benci die and aku tak support dan syg die.. cme aku nak taw ape kene mngene die dgn isu Lina Joy.... kalau betollah die ade isu dgn Lina Joy, jd ape??? golongan BERSIH ni bknnye pengikut Ambiga, dieorg nak pilihan raya yg bersih, bkn nak jilat kaki Ambiga pown, dieorg bkn mcm kerajaan, ape2 yg pemerintah kerajaan buat, org bwh pemerintahan tu jilat kaki dan terus mengampu utk duet... ahli BERSIH ni nak pilihan raya yg BERSIH... so kenape kerajaan nak gentar sgt??? kerajaan takut tak boleh nak buat kotor dh ke??

aku tgk Blog2 pro government la, dieorg hina Ambiga tu kaw2... dieorg masuk plak isu agama, sembah patong dan laen2... await smpi jd personal plak??? dh tak boleh nak serang melalui politik, ni serang melalui agama plak ke??? yg tulis blog tu plak org melayu agama islam, so mcm mana org nak respek agama kite??

ade yg kata lagi pembangkang yg terlalu taksub dgn politik yg kononnye "rakyat ditindas" dan "pemerintahan yg zalim"... yg kata ni btol2 tak nampak ke ape yg berlaku, nak aku ungkit ape yg kerajaan buat kang blog aku jd novel plak.... aishh.... kalau org ni tak nampak, tak reti lah aku nak kata, mgkin percaya bulat2 kot ape media ckp

sebarang ketidak setujuan atau kekurg fahaman atau pandangan2 anda sila beri comment, aku alu2kan... wallahualam Assalamualaikum